Wednesday, July 28, 2010

::Pengenalan kepada sistem kerajaan::

SISTEM KERAJAAN

Sistem kerajaan adalah sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran dan pengurusan sebuah negara. terdapat beberapa bentuk sistem kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, repaublik dan autokrasi.

a)Kerajaan Persekutuan

-Kerajaan persekutuan ialah gabungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
-Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan sendiri dan sistem pentadbiran dalam perkara-perkara tertentu dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran berkenaan.
-Namun ada beberapa perkara yang lazimnya kerajaan pusat bertanggungjawab ke atas kerajaan negeri seperti dalam hal-hal agama, tanah, perhutanan, serta perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman.
-Contoh negara yang mengamalkan bentuk kerajaan persekutuan ialah Malaysia, India dan Amerika Syarikat.