Monday, November 15, 2010

::Bersediakah Aku::

salam ukhuwah semua...

Apa kabar hari ini?sihat?macam mana persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha?bagaimana pula perkembangan pembelajaran anda?...mestilah yang terbaikkan. Entry kali ini, lari sikit daripada objektif blog.Tapi rasanya masih ada pengajaran yang mungkin saya boleh kongsi kepada pembaca semua,khususnya pelajar termasuklah untuk diri saya sendiri. ;)

Bersediakah anda?....jikalau anda diajukan soalan macam ni,apakah yanga anda akan jawab.

"ya...saya bersedia"
"emmm....ya kot"
"tidak pasti lagi..."

dan macam-macam lagi jawapan. tapi rasanya keberangkalian mereka yang mengatakan "saya bersedia" adalah kecil. sukar kita hendak letakkan diri kita dalam keadaan yang benar-benar sudah bersedia.betul kan? kita masih ragu-ragu akan kebolehan kita sebenar. kadang-kadang tu, belum lagi mencuba sudah mengaku kalah. apatah lagi apabila kita sudah melihat atau membaca mereka yang telah gagal. bertambah lagi lah perasaan takut mencuba dalam diri.

teringat kata-kata seorang guru,...

"kamu tidak akan rugi apa-apa sekiranya kamu gagal mencuba, tetapi kamu sebenarnya beruntung kerana setidak-tidaknya kamu tahu dimana kelemahan kamu menghadapi perjalanan yang kamu telah gagal itu".
ya...itulah yang sebaik-baiknya, dan jangan biarkan diri kita jatuh untuk kali kedua. ;)

*********************************
Buat yang terbaik k.

0 comments:

Post a Comment