Friday, August 6, 2010

::Rasuah (Esei Laras Sastera)::


Definisi

secara dasarnya,rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkepentingan seperti pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang dan hadiah daripada pihak tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendefinisikan rasuah dari segi empat kesalahan :-

  1. Meminta / menerima rasuah
  2. Menawar / memberi rasuah
  3. Membuat tuntutan palsu
  4. Menyalahguna jawatan / kedudukan

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab 'al-risywah'. Di dalam Al-Quran, jenayah rasuah digolongkan dalam kata umum batil sama seperti jenayah merompak, menipu dan memeras ugut.

Syed Hussein Alatas, dalam buku beliau bertajuk 'Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi' menghuraikan beberapa ciri rasuah, iaitu :-

  1. Suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan.
  2. Penipuan terhadap badabn pemerintah, lembaga swasta atau masyarakat umumnya.
  3. Dengan sengaja melalaikan kepentingan umum untuk kepentingan khusus.
  4. Dilakukan dengan rahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang-orang berkuasa atau bawahannya menganggapnya tidak perlu.
  5. Melibatkan lebih dari satu orang atau pihak.
  6. Adanya kewajipan dan keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau yang lain.
  7. Terpusatnya kegiatan (rasuah) pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat mempengaruhinya.
  8. Adanya usaha untuk menutup perbuatan rasuah dalam bentuk-bentuk pengesahan hukum.
  9. Menunjukkan fungsi ganda yang kontradiktif pada mereka yang melakukan rasuah.
Indeks rasuah di dunia, Malaysia berada pada kedudukan 56 daripada 180 negara pada tahun 2009

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.


Sumber:

0 comments:

Post a Comment