Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam dan selamat menyambut Hari Malaysia buat warga Malaysia. setelah sebulan berpuasa, bulan Syawal merupakan bulan kemenangan setelah berjaya menempuh ujian berpuasa pada bulan Ramadhan. bulan Syawal ini juga diibaratkan sebagai satu kelahiran jiwa baru bagi umat Islam kerana dengan berpuasa di tambah pula dengan segala nikmat dan peluang yang diberikan oleh Allah kepada hamba-NYA untuk berubah ke arah kebaikan. Diharapkan Ramadhan kali memberi seribu makna dalam hidup dan lebih baik dari Ramadhan lepas. Amin.
pada 16 September bersamaan 7 Syawal, Malaysia buat pertama kali menyambut Hari Malaysia bagi memperingati pembentukan Malaysia yang telah menggabungkan Borneo (Sabah dan Sarawak) dengan semenangjung Malaysia. pada tarikh ini juga maka terbentuklah persekutuan yang menggabungkan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. mungkin masih ada yang musykil sama ada hari kemerdekaan dan hari Malaysia adalah perkara yang sama. Hari kemerdekaan masih lagi merupakan hari sambutan kemerdekaan bagi negara Malaysia kerana pada 31 Ogos adalah hari memperingati perjuangan rakyat kita untuk menuntut sebuah negara yang merdeka daripada jajahan British. adalah penting bagi generasi sekarang untuk memahami konsep kedua-dua hari penting berkenaan agar destinasi dan matlamat untuk mencapai negara maju yang merdeka dapat direalisasikan. Selamat Hari Malaysia semua :)
0 comments:
Post a Comment