Monday, November 15, 2010

::Salam Aidiladha::



salam ukhuwah sahabat semua...dan salam Aidiladha

hari ni sudah masuk 8 Zulhijjah, esok 9 dan lusa 10 Zulhijjah. maknanya, ada dua hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidiladha. Syukur di atas segala apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNYA.

seperti tahun2 lepas, kali ni beraya lagi sebagai perantau.huhu...nda pa ada kawan2. cuma kali ni ramai sikit berbanding tahun lepas.sume disebabkan exam final lambat lagi.hehehe....kalau x, alamat kosong la UPSI ni.

dan InsyaAllah,semalam dah planning ngan kawan2 yang nda balik beraya tu (kwn2 Borneo) buat 'makan2' sempena raya.hehe...harap2 dapat berjalan dengan lancar.

****************************************
p/s.....esok 9 Zulhijjah, jangan lupa puasa hari Arafah k.jom sama2 kita beramal. banyak manfaat yang kita perolehi...InsyaAllah. antaranya ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

p/s lagi....hehe,raya tu raya juga, exam jangan buat2 lupa k.

0 comments:

Post a Comment