Sunday, September 26, 2010
Sunday, August 22, 2010
::Dewan Negara::
~Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
- 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
- 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
~Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
- warganegara Malaysia
- tidak kurang dari 30 tahun
- waras fikiran
- bukan seorang muflis
- tidak mempunyai rekod jenayah
::Dewan Rakyat (Sistem Perundangan Malaysia)::
Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
::Kerajaan Negeri::
- Persekutuan Malaysia mempunyai 13 buah negeri dengan diketuai oleh ketua negerinya sama ada raja atau Yang Dipertua Negeri.
- Pentadbiran di sembilan buah negeri beraja di bawah kuasa pemerintahan yang digelar Sultan, manakala pemerintah negeri Perlis digelar Raja dan pemerintah Negeri Sembilan pula dipanggil Yang Dipertuan Besar.
- Di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka diletak di bawah pemerintah Yang Dipertua Negeri.
- Pentadbiran negeri juga melibatkan Menteri Besar / Ketua Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Setiausaha Negeri dan Jabatan Negeri.
- Kerajaan Negeri juga mempunyai bidang kuasa dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
