Wednesday, July 28, 2010

::Pengenalan kepada sistem kerajaan::

SISTEM KERAJAAN

Sistem kerajaan adalah sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran dan pengurusan sebuah negara. terdapat beberapa bentuk sistem kerajaan iaitu kerajaan persekutuan, kesatuan, konfederasi, repaublik dan autokrasi.

a)Kerajaan Persekutuan

-Kerajaan persekutuan ialah gabungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
-Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan sendiri dan sistem pentadbiran dalam perkara-perkara tertentu dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran berkenaan.
-Namun ada beberapa perkara yang lazimnya kerajaan pusat bertanggungjawab ke atas kerajaan negeri seperti dalam hal-hal agama, tanah, perhutanan, serta perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman.
-Contoh negara yang mengamalkan bentuk kerajaan persekutuan ialah Malaysia, India dan Amerika Syarikat.



b)Kerajaan Kesatuan

-Bentuk kerajaan ini dilaksanakan dengan pemusatan kuasa oleh kerajaan pusat daripada gabungan beberapa buah negeri.
-Kerajaan pusat berhak untuk mengubah kuasa-kuasa, sempadan serta membatalkan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri.
-Kerajaan negeri menerima arahan daripada kerajaan pusat.
-Contoh negara kerajaan kesatuan ialah Britain, New Zealand, Korea Selatan dan Jepun.

c)Kerajaan Konfederasi

-Konfederasi ialah sebuah kerajaan yang meletakkan kuasa kerajaan kepada kerajaan-kerajaan negeri. kesepakatan beberapa negeri dalam kerajaan ini dicapai melalui sebuah perjanjian bersama.
-Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad dalam hal pengurusan dan pentadbiran.
-Kerajaan konfederasi ini sudah tidak wujud lagi, namun ia pernah dilaksanakan oleh kerajaan Jerman pada tahun 1867-1871.

d)Kerajaan Republik

-Republik ditadbir sepenuhnya oleh seorang Presiden yang lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
-Kerajaan ini tidak mempunyai raja dan Presiden ini betanggungjawab ke atas ketua eksekutif.
-Contoh negara Republik ialah Indonesia, Singapura dan Filifina.

sumber : Tutor Utusan

0 comments:

Post a Comment