Sunday, August 1, 2010

::Perlembagaan::

Definisi Perlembagaan

-Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan undang-undang yang menjadi sumber bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan untuk menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

-Perlembagaan ialah sebuah kumpulan undang -undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. ia menjelaskan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara, hak-hak yang dipunyai oleh orang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis (contoh:Malaysia, dan Amerika Syarikat) dan perlembagaan tidak bertulis seperti yang diamalkan di Britain.



Konsep Ketertinggian Perlembagaan

-Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. ia menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sudah digubal atau bakal digubal.
-Kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi negara, memudakan kerajaan untuk menjalankan dan mengawal pentadbiran negara.
-Melalui perlembagaan, parlimen mendapat kuasa namun ia terhad serta tidak boleh membuat kuasa di luar bidang kuasanya.
-Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang dibuat oleh parlimen. Oleh itu, Mahkamah juga adalah institusi yang dikawal oleh perlembagaan.
-Selain daripada Mahkamah dan parlimen, Yang DiPertuan Agong juga melaksanakan tugas adalah berdasarkan kepada perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, namun harus menjalankan tugas-tugas mengikut bidang kuasa yang telah ditetapkan.


Kepentingan Perlembagaan
  • Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan dengan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan.
  • Perlembagaan menentukan hak dan asasi rakyat seperti kebebasan beragama, kebebasan bercakap.
  • Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan seperti hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  • Menjadi rujukan untuk mengekalkan perpaduan rakyat antara kaum yang mana menjamin perlindungan semua kaum.

Sumber :
  1. Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Kuala Lumpur : Oxford Fajar.
  2. Mohd. Foad Sakdan (1999). Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

0 comments:

Post a Comment