Sunday, August 22, 2010

::Bahagian C (Ulasan Teks)::

Ulasan Teks merupakan salah satu bahagian yang terdapat dalam kertas 2 Pengajian Am. Dalam bahagian ini calon diwajibkan untuk menjawab secara bertulis / subjektif. Terdapat dua sub-bahagian iaitu soalan 5 dan 6, dan calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan berkenaan. setiap soalan mengandungi dua pilihan iaitu sama ada pilihan (a) atau (b).

Rumusnya, calon perlu menjawab soalan 5 dan 6, dengan memilih soalan sama ada (a) atau (b) bagi setiap satu, tetapi calon perlu menjawab kedua-dua soalan (i) dan (ii). soalan yang diberikan adalah teks rimgkas yang merangkumi laras sastera dan laras sains.

Panduan Umum menjawab soalan Bahagian C:-
  1. Baca soalan dengan teliti dan kenal pasti kata kunci serta kehendak soalan.
  2. Soalan 5, laras petikan yang diberikan ialah laras sastera dan dua petikan pendek akan diberikan iaitu (a) dan (b). bagi soalan 6 pula, petikan teks adalah daripada laras sains.pecahan soalan bagi soalan 6 adalah sama dengan pecahan soalan 5.
  3. Pilih petikan yang benar-benar anda fahami dan catitkan jawapan ringkas pada pilihan soalan.
  4. Bagi soalan (i), tiada had dari segi jumlah perkataan. Namun, calon perlu dingatkan bahawa markah yang diperuntukkan untuk kedua-dua soalan (i) dan (ii) adalah 10 markah, maka jawapan seharusnya ringkas serta tepat.
  5. Dalam soalan (ii), dihadkan dalam penyataan soalan bahawa jumlah perkataan dalam jawapan tidak boleh melebihi 50 patah perkataan. Oleh yang demikian, calon perlu mematuhi arahan ini bagi memperolehi markah yang baik.
  6. Isi utama mesti ditulis terlebih dahulu pada awal pereanggan dan diikuti dengan huraian ringkas.
  7. Penggunaan bahasa mestilah jelas dan mudah difahami dengan tepat oleh pemeriksa.

CONTOH SOALAN

Laras Sastera

(a) "Dalam masyarakat kita dahulu, semangat kejiranan begitu kuat. Tetapi kini semangat tersebut kian luntur terutamnya dalam kehidupann masyarakat bandar. Penduduk bandar terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk bersua muka dan berbicara antara jiran. Sesetengah mereka bersifat ego, terlalu berbangga dengan status dan pangkat serta buruk sangka. Inilah antara sebab semangat ketengtagaan sukar dipupuk di kalangan mereka."
(Utusan Malaysia, 15 Mei 2003)
i)Mengapakah penulis tidak berpuas hati dengan keadaan hidup masyarakat kota pada masa kini?
ii)Dengan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, kemukakan cadangan kamu bagaimana meningkatkan semangat ketengtagaan dapat dipupuk semula di kalangan masyarakat di negara ini?

ATAU

(b) "Peperangan bukan sahaja menghancurkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara, malah rakyat negara itu turut menderita kesan peperangan yang sudah pasti menekan jiwa dan fizikal mangsanya. Kehilangan harta benda dan orang yang disayangi tidak terhingga nilainya serta amat perit untuk dilalui. Kehormatan pemimpin juga sedikit sebanyak goyah kerana kegagalan menangani pencerobohan di tanah air sendiri. Tegasnya, maruah bangsa, negara dna pemimpin terjejas akibat peperangan yang membawa kemusnahan serta penderitaan, terutamanya kepada mangsa yang tidak berdosa."
(Dewan Siswa, Jun 2003)
i)Mengapakah pengarang berpendapat bahawa peperangan menghancurkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara?
ii)Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana peperangan dapat dielakkan?


Laras Sains

(a) "Akuakultur merupakan usaha manusia untuk menambah hasil melalui pembekalan tenaga dan buruh untuk meperbaiki pengeluaran organisma akuatik yang berguna. Ini dilakukan secara manipulasi yang disengajakan ke atas kadar pertumbuhan, kemortalan dan pembiakan organisme tersebut."
(Dewan Kosmik, Ogos 1996)
i)Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan maksud "akuakultur".
ii)Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, beri penilaian kamu tentang potensi bidang akuakultur di negara ini.

ATAU

(b) "Terdapat pelbagai bahan cemar yang wujud di persekitaran dalaman, iaitu di dalam rumah atau di dalam bangunan. Setiap jenis bahan cemar juga berasal daripada pelbagai sumber dan mempunyai kesan yang berbeza-beza kepada kesihatan manusia, sama ada secara akut ataupun tidak. Antaranya ialah oksida nitrogen, oksida sulfur, karbon monoksida, zarah terampai dan beberapa jenis hidrokarbon. Di Amerika Syarikat, data tentang hal ini dikumpul oleh sebuah badan iaitu Agensi Perlindungan Alam Sekitar."
(Dewan Kosmik, Ogos 2000)
i)Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas?
ii)Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan beberapa punca pencemaran dalaman?

sumber :
Pengajian Am Kertas 1 dan 2 (2004). Wong Khek Seng, Raminah Hj Sabran & Kok Meng Kee. Penertbit Fajar Bakti.

0 comments:

Post a Comment