Sunday, August 22, 2010

::Dewan Negara::

~Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-

  • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
  • 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

~Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

  • warganegara Malaysia
  • tidak kurang dari 30 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah

~Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

~Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

~Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

~Pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan tempoh jawatan ahli Dewan Negara. Namun sekiranya seseorang ahli dipilih atau dilantik bagi menggantikan ahli lain yang meninggal dunia atau bercuti, maka tempoh jawatannya mengikut bakinya sahaja.

~Keahlian ahli Dewan Negara akan terlucut dan kerusinya diisytiharkan kosong oleh Dewan Negara jika ahli berkenaan:

  • Tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan selepas dipilih.
  • Tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Negara selama enam bulan tanpa keizinan dewan.

~Seseorang ahli Dewan Negara boleh meletakkan jawatan dengan menulis kepada Yang Dipertua Dewan.


Yang Dipertua Dewan Negara

Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang ahli Dewan Negara.

Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut:-

  • bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin;
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalaha

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang

YB Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang


0 comments:

Post a Comment