Friday, August 13, 2010

::Doktrin Pengasingan Kuasa::

Doktrin pengasingan kuasa merupakan satu konsep asas dalam pemerintahan demokratik moden. doktrin ini membahagikan kuasa-kuasa pemerintahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

Tujuan Pengasingan kuasa
  1. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa.
  2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu.
  3. Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain.



X=Yang DiPertuan Agong


Badan Perundangan / Legastik

~Menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang.
~Dijalankan di dewan parlimen dan melalui proses penggubalan undang-undang.
~Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 44 :

"Kuasa Legatif Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang DiPertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Badan Eksekutif / pemerintahan

~Melaksanakan undang-undang dan pentadbiran mengikut perlembagaan yang telah di bentuk.
~Kuasa badan ini dikawal oleh parlimen.
~Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 39:

"Kuasa Eksekutif bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang DiPertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintahan kepada orang -orang lain".


Badan Kehakiman

~Mentafsirkan undang-undang.
~Perlantikan kehakiman ke mahkamah-mahkaman tertinggi dibuat oleh pihak eksekutif.

Gambar 1 : Bangunan Parlimen Malaysia, Yang DiPertuan Agong dan Mahkamah Tinggi Malaysia


Sumber :

4 comments:

Unknown said...

Terima kasih buat info ini <3

Shah said...

Terima kasih ^^

Unknown said...

Hebeh dii

Unknown said...

Informasi yang sangat berguna

Post a Comment