Sunday, August 22, 2010

::Kerajaan Negeri::

  1. Persekutuan Malaysia mempunyai 13 buah negeri dengan diketuai oleh ketua negerinya sama ada raja atau Yang Dipertua Negeri.
  2. Pentadbiran di sembilan buah negeri beraja di bawah kuasa pemerintahan yang digelar Sultan, manakala pemerintah negeri Perlis digelar Raja dan pemerintah Negeri Sembilan pula dipanggil Yang Dipertuan Besar.
  3. Di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka diletak di bawah pemerintah Yang Dipertua Negeri.
  4. Pentadbiran negeri juga melibatkan Menteri Besar / Ketua Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Setiausaha Negeri dan Jabatan Negeri.
  5. Kerajaan Negeri juga mempunyai bidang kuasa dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

~Pembahagian kuasa antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan menunjukkan:
  • Kerajaan Negeri berkuasa mentadbir perkara-perkara dalam Senarai Negeri.
  • Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan turut berkuasa mentadbir perkara-perkara dalam Senarai Bersama.
~Bagi Senarai Bersama, jika terdapat percanggahan antara Undang-undang Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, maka Undang-undang Kerajaan Negeri akan terbatal setakat mana percanggahan berlaku.


Senarai Negeri
  • Hukum syarak
  • Undang-undang diri dan keluarga orang Islam
  • Tanah pertanian
  • Kerajaan Tempatan di luar wilayah Persekutuan
  • Kerja-kerja air
  • Hari Pelepasan negeri
  • Penyu dan penangkapan ikan
  • Undang-undang adat istiadat Bumiputera*
  • Perbadanan dan pihak-pihak berkuasa ditubuh oleh negeri*
  • Ukuran tanah*
  • Perpustakaan*
  • Muzium*

Senarai Bersama
  • Kebajikan masyarakat
  • Perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda
  • Biasiswa
  • Perlindungan binatang liar dan burung liar
  • Taman negara ternakan binatang
  • Pencegahan penganiyaan terhadap binatang
  • Perancangan bandar dan kampung
  • Kutu rayau dan penjaja besar
  • Kesihatan awam
  • Kebersihan dan mencegah penyakit
  • Perparitan dan pengairan
  • Pemulihan tanah lombong dan tanah dibinasa hakisan
  • Perkahwinan*
  • Penjagaan anak*
  • Nafkah*
  • Pengambilan anak angkat*
  • Wasiat*
  • Pencemaran makanan*
  • Perkapalan*
  • Perikanan*

*Bagi Kerajaan Sabah dan Sarawak


0 comments:

Post a Comment