Sunday, August 22, 2010

::Dewan Rakyat (Sistem Perundangan Malaysia)::


Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-

  • warga negara Malaysia
  • tidak kurang dari 21 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah
~Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

~Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

~Jawatan ahli Dewan Rakyat berkuatkuasa selagi Parlimen tidak dibubarkan.

~Seseorang ahli Dewan Rakyat terhenti daripada jawatannya jika :-
  • Hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
  • Tidak menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat selama enam bulan secara berterusan.
  • Tidak mnegangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan dari tarikh persidangan Dewan.

Yang DiPertua Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-

  • bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-
  • Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
  • berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
  • beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).

YB TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA

sumber :

0 comments:

Post a Comment