Monday, August 2, 2010

::Dasar Kebudayaan Kebangsaan::

Dedinisi dan Konsep

'Kebudayaan' berasal daripada istilah 'Buddhayah' iaitu kata Sanskerta. Ia merupakan kata jamak daripada perkataan 'Buddhi' yang membawa makna budi dan akal. Dalam Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud cara hidup masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan. secara keseluruhannya, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia yang mana usaha pembentukan masyarakat dan pembinaan tamadun bagi mencerminkan identiti sesebuah negara.



Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1)Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
-Rantau ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filifina, Singapura, Brunei, Thailand, Kampuchea dan Kepulauan Selatan Pacifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga ke Madagaskar di sebelah barat. Penduduknya adalah terdiri daripada keturunan rumpun Melayu Polynesia.
-Rantau ini merupakan pusat perkembangan warisan kebudayaan Melayu sejak dahulu lagi dan Bahasa Melayu pernah suatu ketika dahulu merupakan bahasa perhubungan antarabangsa (Linguafranca).

2)Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
-melihat pada situasi rakyat Malaysia pada hari ini yang beridentitikan kepelbagaian kaum dan bangsa. Oleh itu, unsur-unsur budaya lain yang sesuai penerimaannya dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
-Namun, ia juga perlu bersesuaian dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta kepentingan nasional.

3)Agama Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
-Agama Islam merupakan agama rasmi bagi persekutuan, oleh itu ia menjadi faktor penting kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan.
-Sejarah kedatangan Islam ke negara ini yang telah berlaku sejak zaman kesultanan Melayu lagi menjadi nadi kepada pemupukan nilai-nilai Islam dan murni di kalangan masyarakatnya.


Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1)Mengukuhkan Perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
2)Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari kebudayaan kebangsaan.
3)Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.


Strategi dan pelaksanaan dasar

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.



Sumber :
  1. Yusof Ismail (2008). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur:A.S Noordeen.
  2. Portal Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

0 comments:

Post a Comment